Di Sebalik PTPTN-Ulasan Mahasiswa

posted under by muazz_2000
Di Sebalik PTPTN-Ulasan Mahasiswa

PTPTN jika di dengar maka senyum melebar mulut kerana satu pinjaman yang diberikan oleh kerajaan pada mahasiswa, boleh dikatakan hampir 70% mahasiswa yang akan dapat jika memohan PTPTN. Keluarga-keluarga mahasiswa turut gembira kerana mendapat pinjaman tersebut tetapi ini semua adalah kebaikan yang kita dapat lihat apabila dapat pinjaman tersebut sebaliknya banyak kesan negatif pinjaman tersebut.

Jika seorang mahasiswa yang bermula dengan diploma di IPTA dan menyambung diperingkat Ijazah sarjana muda maka pinjamannyer akan mencecah RM30,000. Mahasiswa sewaktu menggunakkan wang tersebut seperti tidak sedar dan menggunakan wang tersebut secara tidak menentu akhirnya bila hendak membayar maka timbul pelbagai dugaan dan cabaran untuk selesaikan hutang tersebut.

Disini kita lihat tindakan PTPTN yang tidak bertanggungjawab akan mengenakan urusan pemprosesan setiap bulan sebaik sahaja mahasiswa tersebut tamat pengajian. Setiap bulan akan didebit ke dalam akaun mahasiswa, iaitu sebanyak 3%(Lebih kurang Rm40) dari nilai hutang. PTPTN tidak lihat adakah mahasiswa itu sudah berkerja atau tidak, seelok-eloknya bagi lah tempoh 6-12 bulan selepas tamat pengajian sebelum mahasiswa tersebut dipaksa bayar. Sekiranya RM40 sebulan maksudnya RM480 setahun, target PTPTN adalah menyelesaikan hutang dalam masa sepuluh tahun. Sekiranya kita buat penangguhan pun, kita kena bayar dalam masa 10 tahun selepas tamat pengajian. Sekarang ini pula isu, dimana peminjam boleh dibawah ke makamah sekiranya tidak bayar hutang tersebut.

Jadi sebagai mahasiswa, saya memohan kawan-kawan yang lain, supaya apabila berbelanja ingatlah kita akan kena bayar hutang tersebut balik, jadi perbelanjaan yang tidak perlu haruslah dielakkan. Mengguna wang tersebut sebaik mungkin dan lebihannya disimpan untuk kegunaan sewaktu hendak membayarnyer..


Muazzam Mohd
University Islam Technology MARA.(UITM)

0 comments

Make A Comment