Change Blog

posted under by muazz_2000
Thank You For Visiting us

Now We are Changing Our Link to http://xuitm.wordpress.com/

Visit Now !!!!

Muazz

Teruskan...dan Salam Euidil Fitr

posted under by muazz_2000
semoga terus ISTIQOMAH mencari LAILATUL QODAR>>>

DIsiniku ingin memohon Maaf, sekiranya ada salah dan silap dr ku dan sekeluarga...
lalu kot Jitra,singgah umah....
teruskan perjuagan yang belum selesai...tidak kira dimana kita berada...

w;alam
muaz-xuitm

TRAGEDI BERDARAH,BATU BURUK-8 September 2007

posted under by muazz_2000
Kuala Lumpur: Pas mendapat maklumat yang jelas, UMNO dan pihak tertentu merancang rusuhan yang berlaku di Batu Buruk, Kuala Terengganu 8 September lepas, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu-Dato Mustafa Ali.

“Saya ingin mengatakan, antara yang terlibat merancang kejadian ini adalah Datuk Wan Farid Wan Salleh-setiausaha politik menteri keselamatan dalam negeri yang juga Perdana Menteri,” kata Mustafa lagi.
“saya bertanggungjawab penuh dgn kenyataan ini dan sedia memberikan bukti yg lengkap jika satu suruhanjaya diraja di bentuk untuk menyiasat trajedi ini secara menyeluruh..,”kata Mustafa.


Ini merupakan petikan kata dari pimpinan PAS, dan ingin menunjukkan PAS tidak bersalah, jika bersalah boleh jer UMNO saman PAS tetapi mereka tidak berani…


GAMBAR SAHABAT KITA...



Ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu fakta sebenar…harap kita yang memahami dapat buat penerangan yang jelas….tlg sebarkan….Syukran…JZKK

muazzam mohd,
http://xmahasiswauitm.blogspot.com/

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1428H

posted under by muazz_2000

JEMPUTAN RASMI KE

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1428H

SABTU
29 SEPTEMBER 2007
17 RAMADHAN 1428H

DI MARKAS PAS KAWASAN KUBANG PASU,
KG TOK KESOP, JITRA KEDAH


Berbuka puasa, berjamaah magrib dan isyak, bersolat tarawikh, berzikrullah dan mengikuti ceramah

BERSAMA:

YB. TUAN GURU HJ. ABD HADI AWANG
PRESIDEN PAS

YB USTAZ HJ. HASHIM JASIN
TIMB. KETUA DEWAN ULAMAQ
PAS PUSAT

YB USTAZ HJ AZIZAN RAZAK
PESURUHANJAYA PAS KEDAH



tlg sebarkan...JZKK

Rezeki yang di cari tp Dosa yang Dapat

posted under by muazz_2000

Sekarang kita sudah berada pada fasa ke-2 Ramadan Al-mubaraq. Tidak lama lg kita akan menyambut Nuzul Al-Quran(17 Ramadan) pada sabtu ini.

Apa yang penulis ingin mempertengahkan kali adalah berkaitan peniaga-peniaga Islam yang menjual makanan(Nasi lauk) seawal 9 pagi. Jika sebelum ini orang Islam masih malu untuk beli makanan tersebut tapi sekarang sudah seperti biasa, seumpama tidak berada dalam bulan Ramadan. Dengan selamba jer mengambil makanan untuk dibungkus kononya beli untuk buka puasa nanti atau beli untuk anak-anak kecil.

Seminggu sebelum puasa, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) ada menggeluarkan kenyataan dalam akhbar Metro-keluaran utara. Semua peniaga akan disita@ saman gerai/kedai sekiranya menjual makanan sebelum 3 ptg. Itu lah statement yang di keluarkan dari pejabat agama tetapi masih terlihat ramai peniaga yang menjual makanan seawal 9 pagi. Mungkin pihak JAIK perlu bukti yang jelas atau aduan dari masyarakat setempat atau kuasa mereka ditarik balik.

Peniaga ini berniat baik untuk mencari rezeki tetapi matlamat tidak betul. Disini penulis dapat kenal pasti terdapat 2 kesalahan dari :

1) Peniaga yang ingin keuntungan
2) Pembeli yang tidak ingin berpuasa

Dari kesalahan ini lahirlah tajuk artikel ini, ‘Rezeki yang dicari tapi dosa yang didapati.

Jadi apa tindakan kita? Kita boleh buat laporan ke pihak berwajib, yang kedua kita boleh mempulau kedai tersebut dari sekarang dan juga selepas-selepas ini. Sekurang-kurangnya biar ia mendapat kesannya. Jadi tugasan kita sekarang adalah memperhatikan kedai-kedai yang tidak bertanggungjawab ini dan sebarkan pada teman-teman dan buat tindakan dengan memulau kedai tersebut biar kita lapar pun jangan sesekali menjejak ke kedai yang memudahkan orang untuk berbuka puasa pada azan zohor atau sewaktu dengannya.Mari sama-sama kita rancangan tindakan kita, dan ambil tindakan…W;alam


“Fail to plan, is plan to fail but plain without action is a waste”


Muazzam Mohd
Pemuda Kubang Pasu
http://xmahasiswauitm.blogspot.com/

MUHASABAH_FASA PERTAMA SUDAH BERLALU_RAMADAN AL-MUBARAQ

posted under by muazz_2000

Hari ini sudah tanggal 10 Ramadan dan kita sudah berpuasa 9 hari. Semua orang sedar bahawa syaitan dan jin sudah diikat yang tinggal sekarang adalah nafsu kita.

Masjid di rumah aku seperti biasa tidak cukup sehingga terlebih-lebih orang sibuk ke masjid untuk menunaikan solat sunat yang dituntut. Antara solat sunat ramai yang tidak memahami. Bila sudah selesai solat isyak, tidak ramai kita yang solat sunat selepas Isyak, mereka tidak sedar bahawa solat selepas isyak adalah lebih di tutut berbanding solat sunat tarawikh.

Baru ini di msjd rumah ku selepas solat tarawikh 8 rakaat beserta witir 3 rakaat ada ler dibuat tazkirah. Ada negeri yang menghalang tazkirah, entah mengapa mungkin pasai nak Pilihan Raya @ nak raya . Perbahasan yang tidak selesai iaitu seperti biasa…nak buat 8 ker atau 20, di jawab oleh Us Nuruddin Al-Banjari Nabi memang buat 8 rakaat tp hanya 3 kali nabi buat secara berjemaah. Jadi dlm kuliyah Us Firdaus Jaffar tu dia kata, “kita tak yah bahas2, sampai esok pagi tak selelesai, nak buat, buat…tak nak sudah”.

Sekarang ini seperti yg ust2 cakap syaitan memang tak ada, yang ada nafsu..sekirannya kita tidak dapat kawal nafsu, nafsu akan kawal kita. Senang jer nak kawal nafsu nie,,,jgn ikut kehendaknya…Ada ulamaq sorang nie..teringin sangat nak makan ayam bakar, oh dia kata, kamu nak sangat yer nafsu…aku bagi pada kamu, tetapi dia beri ayam bakar yang di bakar sehingga hangit…AllahuAkbar…begitulah kita…kita kena lawan dan jgn ikut dia(nafsu)

Jadi jagalah nafsu mata, telingga, perut dan lain2 lagi...Bila syaitan sudah tiada baru kita boleh ukur diri kita, sejauh mana kita boleh kawal diri kita.

Jadi kita bakal akan masuk ke fasa kedua, sejauh mana sudah Quraan kita, solat sunat kita, zikir kita…Bulan Ramadan ini umpama kita dalam satu pertandingan lumba lari..semua yg bertanding atau semua yang berpuasa pada garisan permulaan atau satu Ramadan dan akan berakhir pada garisan penamat atau 1 syawal. Sekarang sudah selesai sebahagian larian dan ada yang kedepan ada yang terbelakang dan ada yang tidak bertanding. Geng tidak bertanding adalah geng buka puasa ikut azan zohor atau sewaktunnya dengan nya..manakala yang kedepan, adalah penuh amalan nya dan yang terbelakang tu mungkin kita yang kurang amalan. Bila selesai larian tersebut, semua kita akan penat, letih dan tidak bertenaga tapi ada yang mendapat tempat pertama, kedua dan seterusnya, begitulah kita apabila tamat Ramadan ada mendapat pahala yang terbanyak dan terkurang…

Jadi sama2 kita bermuhasabah dimana kita di dalam perlawanan tersebut dan adakah kita bakal di tempat pertama atau terakhir atau tidak bertanding…W;alam


Muazzam Mohd
X-UITM SHAH ALAM
(Univercity Islam Technology Mara)


http://xmahasiswauitm.blogspot.com/

7-eleven Vs D-Lima

posted under by muazz_2000

Bila kita bercakap tentang haramnya ARAK, terfikir aku tentang 7-eleven. Jika di sebut tentang 7-eleven, rasa-rasanya semua kenal tentang kedai runcit yang dibuka 24 jam sehari tanpa ditutup. Jika di Kuala Lumpur, kedai francais ini memang menjadi tumpuan segenap masyarakat tidak kira tua atau muda. Hampir 90% jurujual atau yang menjaga kaunter merupakan orang melayu dan sudah pasti kebanyakan mereka Islam atas nama atau Islam sebenarnya.

Secara jelas kita tahu, ALLAH telah melarang meminum Arak, dimana diterangkan satu persatu. Sesiapa yang terlibat dengan menghasilkan arak adalah haram, dari tukang buatnya, membungkusnya, menghantarnya, menjualnya dan sehingga dibeli oleh peminumnya adalah haram.

Apa yang hendak penulis lontarkan disini, adalah apabila kedai 7-eleven ini menyediakan arak. Sebenarnya pada awal penulis tidak berapa percaya apabila seorang sahabat membuat kenyataan tersebut tetapi bila dilihat sendiri, tergamam dan hanya mampu senyum sahaja.

Ramailah pemuda-pemuda Islam dengan mudah mendapatkan arak-arak ini. Itu sudah jelas haram tetapi bagaimana pula orang ISLAM yang menjual kepada bukan Islam atau orang Islam, maka hukumnya adalah haram juga walau tidak meminumnya tetapi terlibat dengan penjualannya.

Setakat yang aku tahu, ada syarikat yang seumpama 7-eleven ini iaitu D-Lima. Yang begitu aku berkenan dengan kedai ini, ia adalah sebiji macam 7-eleven tetapi ia tidak menjual arak. Jadi kita sebagai orang Islam adalah lebih baik untuk memboikot kedai 7-eleven dan pergi ke kedai runcit yang lain, jika terdesak sangat tidak apa tetapi sebaik-baiknya kita cuba elakkan.

Walaupun tindakan kita kecil tetapi lama-kelamaan ia akan memberi kesan kepada syarikat francais 7-eleven yang berasal dari Texas, USA ini. Sekiranya kita mempunyai anak-anak atau kawan-kawan kita yang bekerja di situ, tlg nasihatkan mereka untuk mencari pekerjaan lain..Sebarkan,,,tq




MUAZZAM MOHD
Mahasiswa UiTM,Malaysia
(Univercity Islam Teknology MARA)






http://www.7-eleven.com

Satu Peringatan, Satu cerita

posted under by muazz_2000
Baru ini, ku dapat msg dari seorang sahabat seperjuangan di kampus…

Berbunyi seperti ini :
“setapak ke alam perjuagan beerti selamanya dalam kepahitan, kemanasihan hanya terasa bila takbir dilaung, roh jihad mula bertebaran mendakap ukhwah dari kejauhan, jannah bertapak di hati insan, hidup & mati dalam iringan iman, begitulah…Hebatnya sebuah keakraban andai dibasahi embun perjuagan.ukhwah fillah abadan abada ”

Terasa diri ini masih di ingati oleh sahabat ini, sempat ku balas kembali dgn ucapan JZKK..

Memang manis ukhwah itu, jika kita niat kerana ALLAH…yang jadi agak pelik segelintir dari kita adalah…mengharap sesuatu dari ukhwah yang kita bina atau dengan kata lain mengharap balasan dari ukhwah yang terbina…

Unsur2 ini kita perlu buang jauh dari kotak fikiran kita, masih ku ingat lagi sewaktu ku berborak dgn seorang sahabat ini, antara kata-katanya “dah lama ku akan tinggalkan perjuangan ini,tapi kerana Islam tidak ku tinggal”…bunyi seperti sedih…

Sahabat ini, sebenarnya dia terasa hati dengan sahabat2 lain dan dia mengharap dia dapat sesuatu bila dia bersama dengan kita, terutama ukhwah di antara kita, tp Alhamdulillah bila dia dapat hidayah dari Allah dan dia berasa tindakan sebelum ini adalah tidak betul..

Seorang ust nie ada memesan..kita dalam perjuagan nie…jgn harap kemanisan sahaja tetapi kita harap dpt istiqomah dalam perjuangan ini…dan jika kita dapat kemanisan dari Ukhwah atau apa2 pun..itu merupakan BONUS dari ALLAH S.W.T…kalau tak dapat tu…so itu memang adat dalam perjuagan.

Ku berpesan pada diri ini dan juga sahabat2 agar kita ‘me…refresh’ balik niat kita berada dalam perjuagan yang suci ini…Adakah di sebabkan yang lain2….?


W;alam

Muazzam Mohd
UiTM(Univercity Islam Tecknology MARA),Malaysia

Teguran Kepada Muslim & Muslimat-satu muhasabah

posted under by muazz_2000
Assalamualaikum...



ana sebenarnya terasa terkilan juga...

kita hidup ber'Jemaah...tp bila sahabat2 kita buat sesuatu yg salah @ tidak betul @ tidak sesuai bagi seorang ISLAM...



selalu nya tidak ada siapa akan tegur...



"ana sebenarnya takut nak tegur,nanti dia kecil hati...nanti dia tinggalkan kita, nanti dia masam muka dgn kita, siapalah ana utk tegur dia"



in adalah alasan2 yg sering kita dengar...



sepatutnya kita duduk dlm Jemaah....adalah tanggungjawab semua org...

sekiranya kita tidak rapat ngan sahabat tersebut..kita kena cari jalan..cam maner nak tegur sahabat kita...



assign saper2 yg rapat ngan dia...dan tegur ler sahabat tu...,kita mesti kreativekan?



patut ker kita biar dia cam tu...mgkn dia tidak sedar @ tidak perasan..yg dia berada dlm keadaan yg salah atau berdosa...



berbagai2 contoh reality peringkat muslim dan juga muslimat////

couple nyer, pakaiyan nyer,





sahabat sekelian...

masalah memang banyak, tp kita dlm J,,, pun tak nak tegur...ana rasa kita semua berada dlm kerugian....dan zulumat





tanggung jawab kita luas...masyarakat kampus adalah skope kita tp jgn lupa kita akan jadi kuat sekiranya kita bergabung...wahdatul fiqh..wahdatul amal



teruslah tegur sahabat2 kita secara berhikmah...

tegurlah walau ia pahit...tetapi pahit juga merupakan satu dr penyembuh....





peringatan utk ana, dan sahabat2 ana....



w'alam




muazzam mohd

UiTM(univercity Islam teknology MARA)Malaysia

I 5K (Ijtimak 5000)

posted under by muazz_2000
I 5K (Ijtimak 5000)
Pemuda PAS KEDAH

Pada 4.08.2007(sabtu, 8pg)
Bertempat di DATARAN KOMPLEKS PAS KEDAH, bt 9, Simpang empat,Kedah


Seluruh masyarakat dijemput hadir…


Utk maklumat lanjut hubungi sekretariat i5k
Tel: 04-7481120, h.p:019-4706247

Tlg sebarkan….JZKK

Surau Menara SSAA UiTM S.Alam dirobohkan

posted under by muazz_2000
UiTM sudah genap 50 tahun umurnya tahun ini (2006), tetapi benda pelik yang berlaku di UiTM Shah Alam. Kalau ikut pembangunan di UiTM memang semua tempat di tambah, bilik kuliyah, asrama mahasiswa, bangunan pentadbiran dan lain-lain. Ini satu tindakan yang baik oleh pentadbiran untuk memenuhi kehendak UiTM yang ingin menuju World Class. Apa yang pelik dan tidak masuk akal yang dilakukan oleh pihak pentadbiran UiTM adalah mengubah surau siswa di menara SSAA UiTM ke bangunan lain. Tindakan ini masih boleh dimaafkan tetapi apabila surau yang baru adalah lebih kecil iaitu 1/3 saiz surau lama ini membuatkan ramai mahasiswa dan juga staf tidak bersetuju dengan tindakan pihak pentadbiran ini. Jika dilihat di surau lama, waktu puncak iaitu sembahyang zohor surau tersebut tidak dapat menampung mahasiswa dan staf yang membanjiri kawasan surau itu untuk
solat secara berjemaah. Penulis mendapat makluman bahawa ini adalah arahan dari pimpinan tertinggi pentadbiran UiTM untuk mengubah surau tersebut. Sememangnya surau baru lebih selesai dengan karpet baru, berhawa dingin dan di beli rak Al-Quran baru tetapi bukan ini yang kami pengguna surau hendak kerana surau sudah menjadi kecil. Waktu surau lama dahulu pihak pentadbiran buat tidak indah kepada surau, tetapi kerana hendak sesuatu maka mereka menggaburi mata mahasiswa dengan sedikit nikmat dunia.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) seperti tidak wujud kerana bila bertanya kepada mereka, apa dah jadi dengan surau, mereka kata kami pun baru tahu surau nak di roboh. Tindakan pentadbiran seolah-olah tidak memperdulikan hak mahasiswa walaupun mereka merupakan MPP. Sekerang ini baru MPP tahu bahawa pihak pentadbiran tidak mahu MPP memberi pandangan atau pendapat, apa yang mereka hendak ikut sahaja pentadbiran. MPP sekadar boneka atau orang suruhan atau lebih kasar lagi BaRUA pentadbiran sahaja. Untuk menunjukan keperhatinan yang ada segelintir MPP membuat surat bantahan dan ramai juga mahasiswa yang menurunkan tanda tangan. Terdengar juga wakil MPP berjumpa dengan timbalan H.E.P tetapi operasi meroboh surau masih berterusan.Hasilnya mungkin MPP termakan tipu daya pihak pentadbiran yang menyebabkan tindakan itu sudah tidak kendengaran atau pun bisu tidak menahu.
Teruk tidak teruk pihak pentadbiran UiTM mengeluarkan notis pada 11/10/06 dan meminta dipindahkan pada surau baru pada tarikh yang sama. Ini tindakan pengecut UiTM kerana takut jika mahasiswa buat sesuatu. Dari maklumat yang diperolehi surau yang di robohkan hendak digantikan dengan kedai cenderhati dan kedai tersebut hendaklah disiapkan secepat mungkin sebelum konvokesyen pd 9/11/06. Jika kita lihat dari tidakan tidak beradap oleh UiTM mengubah surau ini menunjukkan bahawa UiTM lebih berteraskan keuntunggan semata-mata dan meminggirkan soal AGAMA.
Sekarang ini surau baru tidak ramai seperti dulu lagi seperti di surau lama kerana sekarang ini surau baru tidak dilengkapkan dengan alat P.A system. Walaupun alat-alatnya ada tetepi ia tidak dapat berfungsi kerana wayer-wayer tidak disambung mungkin ini tindakan yang disengajakan oleh pihak pentadbiran. Jika dulu azan akan kendengaran berkumandang sekarang ini semua itu hanya tinggal mimpi sudahlah kecik, tiada azan berkumandang, tempat wuduk yang terhad, ini semua faktor menyumbang kepada sikitnya Jemaah di surau baru ini. Kemanakah mahasiswa yang ramai ini sembahyang, sekirannya di tempat lain itu pun jauh dari situ, tidak mengapa tetapi jika mereka tidak sembahyang atau sembahyang lewat kerana takut lewat ke kuliyah. Siapa akan tanggung dosa-dosa ini, pihak pengurusan, pihak pentadbiran, pihak H.E.P/H.E.A atau prof. Ibrahim Abu Shah sendiri.
Saya menyeru kepada pihak bertanggungjawab tolong kaji balik tentang tindakkan yang tidak beradap ini. Tindakkan ini boleh menyebabkan ramai mahasiswa lalai dari melakukan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan menyebabkan runtuhnya tiang agama kerana solat merupakan tiang agama. Tolong cari alternatif yang lebih baik dan menguntungkan semua pihak.

Mahasiswa Perihatin UiTM S.A

Di Sebalik PTPTN-Ulasan Mahasiswa

posted under by muazz_2000
Di Sebalik PTPTN-Ulasan Mahasiswa

PTPTN jika di dengar maka senyum melebar mulut kerana satu pinjaman yang diberikan oleh kerajaan pada mahasiswa, boleh dikatakan hampir 70% mahasiswa yang akan dapat jika memohan PTPTN. Keluarga-keluarga mahasiswa turut gembira kerana mendapat pinjaman tersebut tetapi ini semua adalah kebaikan yang kita dapat lihat apabila dapat pinjaman tersebut sebaliknya banyak kesan negatif pinjaman tersebut.

Jika seorang mahasiswa yang bermula dengan diploma di IPTA dan menyambung diperingkat Ijazah sarjana muda maka pinjamannyer akan mencecah RM30,000. Mahasiswa sewaktu menggunakkan wang tersebut seperti tidak sedar dan menggunakan wang tersebut secara tidak menentu akhirnya bila hendak membayar maka timbul pelbagai dugaan dan cabaran untuk selesaikan hutang tersebut.

Disini kita lihat tindakan PTPTN yang tidak bertanggungjawab akan mengenakan urusan pemprosesan setiap bulan sebaik sahaja mahasiswa tersebut tamat pengajian. Setiap bulan akan didebit ke dalam akaun mahasiswa, iaitu sebanyak 3%(Lebih kurang Rm40) dari nilai hutang. PTPTN tidak lihat adakah mahasiswa itu sudah berkerja atau tidak, seelok-eloknya bagi lah tempoh 6-12 bulan selepas tamat pengajian sebelum mahasiswa tersebut dipaksa bayar. Sekiranya RM40 sebulan maksudnya RM480 setahun, target PTPTN adalah menyelesaikan hutang dalam masa sepuluh tahun. Sekiranya kita buat penangguhan pun, kita kena bayar dalam masa 10 tahun selepas tamat pengajian. Sekarang ini pula isu, dimana peminjam boleh dibawah ke makamah sekiranya tidak bayar hutang tersebut.

Jadi sebagai mahasiswa, saya memohan kawan-kawan yang lain, supaya apabila berbelanja ingatlah kita akan kena bayar hutang tersebut balik, jadi perbelanjaan yang tidak perlu haruslah dielakkan. Mengguna wang tersebut sebaik mungkin dan lebihannya disimpan untuk kegunaan sewaktu hendak membayarnyer..


Muazzam Mohd
University Islam Technology MARA.(UITM)

UiTM sudahi hilang arah tujuannya

posted under by muazz_2000
UiTM sudahi hilang arah tujuannya
Pembela Mahasiswa


ada usia 50 tahun, sudah cukup untuk mematang pemikiran, akhalak, tingkahlaku seseorang manusia. Dalam usia yang lanjut inilah dapat dilihat manusia yang dulunya hidup dalam kemaksiatan perlahan-lahan kembali ke pangkal jalan untuk mengenal Tuhan yang Maha Esa.

Alhamdulillah, baru-baru ini Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah pun mencapai umur 50 tahun. Sambutan hari jadi ini disambut dengan penuh meriah dan kebangaan oleh setiap lapisan masyarakat UiTM. Dengan usia yang matang ini sepatutnya wajar untuk universiti Islam ( hampir 90 peratus pelajar adalah islam) kedua di Negara ini mendapat mandat 'World Class University' yang sekian lama diidam-idamkan.

Dalam kerancakan langkah yang disusun untuk mengejar gelaran tersebut, terdapat tanda Tanya yang perlu dijawab oleh setiap individu yang bernaung di bawah payung UiTM iaitu apakah kayu ukur yang digunakan untuk memastikan UiTM menjadi 'World Class University'. Persoalan ini ditimbulkan bertujuan untuk sama-sama difikirkan samaada ingin terus menjadikan Jahilyyah sebagai kayu pengukurnya atau ingin bertukar kepada kayu ukur Al-Quran dan Al-Sunnah.

Dakwaan ini di buat bukan tanpa sebarang asas tetapi berdasarkan keadaan masyarakat UiTM dan program-program yang disajikan kepada setiap warganya. Wajarkah sesebuah universiti itu digelar bertaraf dunia jika produk-produk yang dibentuk mempunyai kecacatan yang terlalu ketara terutamanya dari sudut akidah dan akhlaknya. Bolehkah seorang pelajar islam dinobatkan sebagai pelajar bertaraf dunia jika budaya hindonisme menjadi budayanya.

UiTM mungkin mampu untuk mencapai universiti bertaraf dunia yang diidam-idamkan. Namun begitu mustahil untuk UiTM menjadi universiti yang bertaraf akhirat kerana produk yang dihasilkan bukan sahaja tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh Allah bahkan untuk menghampiri piawaian tersebut pun agak mustahil.

Hal ini agak mengecewakan kerana tempat yang sepatutnya menjadi lapangan untuk membentuk akidah dan akhlak pelajar-pelajar Islam ini telah salah ditadbir oleh orang yang jahil agama sehingga memberi kesan kepada aset-aset agama dan Negara.

Dari segi penguatkusaan pula UiTM dilihat gagal untuk mewujudkan keadilan di dalam peraturan-peraturan yang dibuat, sebagai contoh kesalahan tidak membawa kad matrik dan tidak mempunyai pelekat kenderaan lebih besar salahnya dari bertelanjang di kalayak ramai.

Begitu juga dengan golangan lelaki yang suka pergi ke kelas dengan memakai pakaian budak perempuan, di kaca mata UiTM meraka ini boleh dikatakan lebih mulia dari pelajar yang tidak membawa kad matrik. Dalam kes yang lain pelajar bebas menuggang motosikal bersama pasangan yang bukan muhrim di dalam kampus, kalau dinilai dari segi hukum semamangnya perkara ini telah diharamkan oleh Islam.

Namun demikian, di UiTM perbuatan jijik dan hina ini adalah halal.

Bukan setakat itu sahaja kelemahan peraturan yang ada, bahkan yang lebih memalukan, UiTM boleh dianggap sebagai seorang yang suka memakan ludah sendiri kerana banyak peraturan yang meraka canang dilanggar oleh meraka sendiri, sebagai contoh sasiah rupa diri pelajar yang digariskan hanya menjadi hiasan di dinding-dinding papan kenyataan sahaja tanpa ada penguatkuasaan dari pihak pentadbiran itu sendiri.

Jesteru itu, semua warga UiTM harus memberi perhatian kepada masalah ini kerana kesan yang akan dihadapi jika kelemahan ini tidak dibendung adalah agak besar dan akan menjadi penghalang utama dalam merealisasikan impian untuk menjadi 'World Class University'.

Trajedi Kampung Berembang (30/11/06)

posted under by muazz_2000
S
edang aku berehat, terdengar bunyi dari telefon bimbitku menunjukkan aku menerima sms, seperti biasa ku biarkan sms itu seketika kerana penat dan sdg berehat. Hati berasa tidak tenteram dan membuat aku untuk membaca sms tersebut.

sms itu bertulis lebih kurang begini “panggilan untuk turun dan selamatkan rumah ALLAH di Kg Berembang-su GAMIS(Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia)” Jadi aku bertanyakan pd seorang sahabatku, kat mana secara tepat tempat tu…dia kata kat K.L.C.C. Aku seperti tidak yakin lalu dia menyuruh aku menalefon presiden GAMIS, setelah mendapat gambaran tempat tersebut. Aku mencari beberapa teman yang berminat untuk bersama-sama berjuang selamatkan RUMAH ALLAH..Pelbagai alasan yang aku dengari tetapi aku tidak salahkan mereka mungkin mereka ada keunzuran kerana sewaktu itu merupakan minggu peperiksaan dan aku sudah selesai dengan perkara tersebut. Ini mungkin dikatakan tapisan ALLAH SWT, kita merancang tp ALLAH menentukan segalanya..

Kami bergerak menuju ke KLCC, Alhamdulillah kami pergi bertiga ke tempat yang hendak di tuju. Hati ini berasa bermacam-macam, susah hendak di gamabarkan..hampir sampai di tempat kejadian itu…kami isi minyak di sebuah stesyen minyak di kawasan tersebut, sempat lagi kami buat lawak bila ternampak seorang pegawai MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) di atas motornyer, seorang sahabatku berkata “mungkin kita leh tanya kat dia kot, maner kg berembang”, kami semua tersenyum sinis ke pegawai tersebut. Aku menalefon sahabatku beberapa kali untuk mendapat panduan perjalanan untuk ke kg berembang. Sambil mencari jalan kami terjumpa dengan sebuah tauke sedang berada di atas traktor(pekho), kamipun bertanya kepada dia, “Bos mana tu kg berembang” dijawab, “itu dlm sikit lagi”. Tauke tersebut menunjuk ke arah sebuah jalan kampung.





Bila tiba di situ, memang sah ini kg yang kita cari. Terdapat papan tanda tertulis, Pegawai MPAJ adalah dilarang untuk masuk. Kami masuk bersama motor kami…terlihat seperti pdg jarak pdg terkukur..kesian melihat rumah-rumah dibina semula dengan kanverse-kanverse. Kami tiba di tempat yang ditujui, iaitu surau kg. Berembang di situ ku jumpa sahabat-sahabat seperjuangan..Penduduk kampung yang berada di situ juga cuba menyelamatkan surau mereka dengan meletak kereta-kereta mereka sebagai benteng atau perisai supaya traktor tidak dapat merobohkan surau tersebut. Sewaktu itu ku sudah lihat pegawai MPAJ sudah berada di situ dan pihak polis dan fru sudah berjalan perlahan-lahan masuk ke kawasan kg tersebut.

Terasa sedikit gerun tetapi kami tidak endah, walaupun kami mahasiswa dan penduduk kg tidak ramai, ketidak ramaiyan kami mungkin kerana sudah beberapa kali mereka turun untuk selamatkan kg tersebut dan pada hari sebelum ini pihak MPAJ datang dan tidak berjaya meroboh surau tersebut. Pihak GAMIS merancang strategy untuk kita mempertahankan surau tersebut dengan keadaan kami yang sedikit. Kami telah berganding bahu bersama-sama penduduk kg untuk mengawal kawasan surau tersebut, dlm itu sahabat sebelah ana tidak henti berzikir secara perlahan-lahan lalu aku juga turut berzikir di dalam hati. Terasa agak lucu, tauke yang bawa trektor yang kami jumpa sebelum masuk kg berembang itu pun bersama-sama MPAJ berada di kawasan tersebut..Pihak MPAJ,Polis dan FRU berada di hadapan kami. Sewaktu itu juga pihak JAIS sedang berbincang dengan wakil penduduk kg dan beberapa wakil-wakil dari NGO. Antara perbincangan yang ku dengari adalah, ‘kami penduduk kg ada surat dari Pak Lah(Perdana Menteri Kitaler)’ wakil JAIS, “surau ini tidak sah taraf, so skrg dia bukan surau”, wakil NGO(Mr ARU), “Ini hak rakyat dan kes ini belum selesai di makamah lagi kenapa mereka nak ambil tindakan” begitulah keluhan sebahagian daripada mereka. Hati ku teresa agak panas dgn kenyataan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tetapi ku teruskan dengan zikir-zikir ku.


Kereta-kerata yang diletak sebagai perisai ditarik satu demi satu oleh mereka dan di ubah ke tempat lain. Pihak Jais masuk surau tersebut dan mengambil barang-barang seperti Al-Quran dan sebagainya, ini menunjukkan surau tersebut sudah bersedia untuk di robohkan. Wakil dari NGO memberi cetusan Idea kepada GAMIS untuk membuat solat hajat di depan surau tersebut..Lalu kami mengambil beberapa sejadah dari surau dan bentang dihadapan surau tersebut. Aku menyuruh sebahagian pegawai MPAJ untuk ke tepi supaya memberi laluan kepada kami untuk solat di situ. Terlihat bersama-sama solat hajat bersama kami adalah YB pas dan beberapa pimpinan NGO dan parti. Solat hajat di bawa oleh presiden GAMIS, telah selesai dan di teruskan dengan DOA dan zikir sehingga kami berasa tidak selesai kerana hasrat mereka untuk merobohkan surau itu diteruskan juga. Kami beramai-ramai berganding bahu semula. Pihak MPAJ membawa pemotong besi, ia cuba dihidupkan beberapa kali tetapi tidak berjaya. Hati kecil berasa sungguh gembira kerana ini pertolongan ALLAH, salah seorang pegawai pergi ambil sebuah lagi pemotong besi tetapi yang pertama tadi sudah pun berjaya di hidupkan..



Kami beramai bertakbir dan tahmid, tolak menolak berlaku. Diantara kami, pihak polis, pegawai MPAJ dan fru. Benteng kami berjaya di tebus tetapi kami buat apa yang termampu dan tidak memberi ruang kepada mereka untuk masuk dengan mudah…Sekali lagi tolak berlaku dan beberapa org sahabatku di tarik oleh mereka, terputus gandingan kami maka di sambung semula dan terus bertahan. Kemudian sahabat berhampiran aku ditarik oleh pihak polis bersama


Sambungan siri 2

presiden GAMIS, di dalam hati kecilku ini tidak boleh jadi nie tak kan aku nak biarkan mereka sahaja yang kena tangkap. Kami bertahan lagi aku lihat presiden telah ditarik dan ada sorang dua sahabat bersama dia, pihak polis menarik mereka ke tepi.

Kemudian gandingan sebelah kanan ku terlepas dan aku ditarik bersama sahabat sebelah aku oleh pihak polis, mereka seperti dalam satu kumpulan kecil membuat operasi sedemikan rupa. Aku ditarik bersama seorang sahabat di sebelah kiri ku, gandingan bahu ku tidak terputus di antara kami berdua. Dalam keadaan marah dan penat berhempas pulas sewaktu tolak menolak berlaku. Pihak polis tersebut bercakap kepada aku, “korang tahu tak sabar, sabar, sabar!!!,” aku menoleh kepada surau dan dalam keadaan marah aku jawab ‘sabar,sabar apa encik surau dah nak kena roboh ni!!!’ lalu polis tu memaksa aku duduk dan menakutkan aku, ambil gari dan gari mereka dua nie. Ini adalah kesilapan ku sepatutnya aku perlu bersabar dan buat cam budak baik, bukan hipokrit tetapi untuk membuat helah supaya aku dan sahabat dapat di lepaskan dan masuk semula ke dalam benteng yang kami buat

walau bagaimana pun kami di gari dan dibawa ke tempat yang lain tetapi tidak jauh dari kawasan tersebut dan aku terjumpa sahabat ku, presiden GAMIS dan beberapa sahabat lain. Kami beristigfar di situ dan zikir, pihak polis memberitahu kami ini semua kerja sia2, buang masa dan sebagainya aku kuatkan zikir aku lagi dan seperti tidak mahu layan pihak polis tersebut, lalu dia pun menyepi.Salah seorang dari pihak polis membuka gari dan membiarkan ia sedikit longgar supaya tidak ketat sangat ikatan tersebut. Polis itu memberitahu, kami bukan nak gari sangat tapi kerana terpaksa kami buat juga, ku lihat wajah polis tersebut dan ku rasakan dia seperti Ikhlas bercakap begitu namun itu bukan persoalannya. Ku bercakap pada sahabatku, ‘depa buat kerja depa, kita buat kerja kita’. Sahabat ku datang secara senyap dan meminta kunci motor untuk dijaga olehnya. Pihak berkuasa telah meneruskan hasrat mereka untuk meroboh surau tersebut juga, akhirnya terdengar pekekan takbir dan zikir. Aku tidak rela untuk melihat surau tersebut dan tidak dpt melakukan apa pun disitu selain berdoa pada yang esa.

Kami di bawa masuk ke dalam sebuah VAN berhawa dingin, gari-gari kami di buka. Pegawai polis seperti baik pula kepada kami dan bersembang mesra, polis ini adalah tidak sama seperti polis yang menahan kami. Kami lebih kurang sepuluh orang dalam tahanan polis tersebut di hantar ke balai polis berdekatan untuk di soal siasat. Kami di bawa ke seperti sebuah bilik mesyuarat polis. Sewaktu kami tiba dan sedang bersembang-sembang ada seorang lelaki dan perempuan, cuba buat baik dan menggorek rahsia kami dengan bertanya secara hati ke hati. Macam maner boleh tahu tentang perobohan surau, kenapa datang sini, ada kenalan ker @ adik beradik. Semua soalan2 ditanya dan cuba masukkan soal hukum agama dan logik akal, jadi kita jangan mudah terpengaruh dengan soalan-soalan nyer, jadi kena jahat sikit dan menipu supaya di tahu kita ini bukan sebuah persatuan @ gerakkan tertentu dan yang paling penting tidak mengaku sebagai seorang mahasiswa. Dua orang umpama cuba nak selesaikan masalah itu tadi merupakan S.B @ special branch lalu 2 mangkuk ini pun pulang dengan hati tenang. Rekod kami di periksa dengan merujuk kepada kad pengenalan dan di soal beberapa soalan secara terbuka dan seorang demi seorang oleh pegawai bertugas, sepatutnya mereka tiada hak untuk soal siasat kita kerana mereka bukan pegawai penyiasat yang bertugas. Makanan di hantar oleh NGO dan sahabat2 GAMIS untuk kami makan pagi lepas tu makan tengah hari pula sampai bersama-sama roti.



Sambungan siri 3

Sewaktu kami berada dalam bilik mesyuarat tersebut, ramai sahabat-sahabat GAMIS dan juga kelihatan presiden SMM(solidarity mahasiswa, gambungan semua persatuan mahasiswa seperti Denma,Gamis, JIM dsb). Terasa sungguh terharu dengan kehadiran mereka yang memberi sokongan sepenuhnya, musimah juaga tidak ketinggalan berada di kawasan balai polis tersebut. Tiba seorang lelaki berpakaian kemas ketuk pintu bilik tersebut, dan menanya keadaan kami, “semua okey ker” kami jawab dgn sebulat suara, “okey”. Lelaki tersebut memberi tahu bahawa dia merupakan Lawyer kami, dan tanya pada polis yang bertugas, ‘apa you nak buat dengan client I nie”. Polis tu seperti bingung dan hanya senyum…Lelaki itu pun keluar, lalu polis tersebut telephone bos dia, “encik lawyer di orang sudah datang, so kita nak buat apa dengan mereka ini…”

Kemudian kami mohon untuk bersembahyang, dan diberi untuk ambil wuduk seorang demi seorang, waktu aku keluar untuk ke tandas aku terlihat sahabat yang ku kenali dan sempat sembang-sembang dengan mereka dan aku ternampak lawyer yang masuk tadi, dia menanya kepada aku, ‘polis ada buat kekerasan tak, kalau ada bagitahu, kita saman balik mereka’ dengan nada yang keras. Aku kata, “tidak ada, apa-apa, semua layan baik”. Dia memberi pesan, nanti pihak polis akan ambil statement 112, kita sebagai saksi di tempat kejadian. So just jawab simple-simple jgn detail sangat, jawab soalan itu macam tak nak jawab soalan itu dan dia suruh ku pesan pada sahabat-sahabat yang lain. Lagi dia memberi pesanan kepada ku, sekirannya kena ambil statement 121, iaitu kita di tuduh kepada kesalahan tersebut, so untuk ini kita ada hak untuk berdiam diri dan jumpa di makamah. Setelah selesai solat zohor secara berjemaah di dalam bilik tersebut, hati menjadi semakin tenang. Aku mendapat msg dari ammar dan beberapa mas’ul ku, memberi semangat dan bertanyakan kabar, diriku terasa tidak seperti keseorangan.

Setelah seorang demi seorang di panggil untuk memberi keterangan untuk statement 112, tiba giliran aku. Jadi aku menjawab beberapa soalan dari pegawai penyiasat tersebut (I.O-Investigation Officer), tetepi banyak juga yang aku jawab tidak pasti. Dia agak marah ler, itu ler menggaji tinggi-tinggi orang tanya nama surau itu pun tidak tahu, aku hanya senyum sinis dan buat tidak tahu. Selesailah statement 112, aku pun agak panas di telingga tetapi dengan selamba senyum kepada sahabat-sahabat yang sedang menunggu giliran mereka. Sambil di dalam bilik mesyuarat tersebut, kami berta’ruf antara kami untuk lebih menggenal antara kami semua. Ada seorang polis yang datang ke bilik tersebut, mengambil gambar kami seperti seorang banduan dengan memegang no tetapi kami tidak pakai baju banduan ler. Salah seorang sahabat yang berada disitu berkata pada kami, ‘kita tidak bersalah waktu tangkap gambar nanti kita senyum sikit, menunjukkan kita tidakbersalah’. Lalu aku pun senyum sedikit waktu tengah tangkap gambar sebagai seorang pesalah. Cop jari kami di ambil, selalunya satu dua jari yang diambil cop tetepi kami, kesemua jari kami di ambil cop. Terasa diri ini buat salah apa sehingga sedemikian rupa tindakan yang diambil tetapi aku rasakan jika lebih teruk dari ini pun ku tidak gesah kerana kita kena jelas, kita buat semua ini kerana Islam dan bukan kerana orang lain.

Polis yang bertugas di dalam bilik mesyuarat tersebut, agak baik dengan kami dan dia memberitahu sekiranya semua nyer okey, kamu akan di lepaskan. Selepas hati terasa seronak kerana hendak di lepaskan, tiba-tiba masuk seorang pegawai(mgkn ketua polis cawangan tersebut)


Sambungan siri 4

Dengan muka yang serius, memandang ke arah kami secara sepintas lalu. Dia memberi arahan pada pegawai nyer, “buat statement 121”. Pegawai tersebut macam tidak setuju lalu dia berkata, “this is an order, make statement 121”. Pegawai tersebut akur dan kami di bawa ke bilik tertentu seorang demi seorang. Aku masih takut untuk membuat statement untuk berjumpa di makamah, kerana aku tidak tahu ini satu procedure atau satu tindakkan bersama-sama. Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku untuk mengenal pasti tindakan tersebut, lalu mereka mendapat kepastian dengan bermsg pada sahabat yang berada di luar bilik tersebut. Kita semua akan memastikan supaya statement yang kita bagi adalah, kita hendak berjumpa di makamah. Ini merupakan hak kita bila kita buat statement 121, di mana kita di tuduh di tempat kejadian. Hak kita adalah ‘remain to be silent’. Jika kes kita di bawah ke makamah mereka akan menggunakkan statement 121 untuk mencari bukti jadi, adalah di nasihatkan untuk berdiam diri.
Aku di panggil untuk memberi keterangan 121, aku berjumpa dengan pegawai ini dan aku bertanya kepada dia, ‘Encik saya ada hak untuk berdiam diri tak?’. Memang kamu ada hak, jadi kamu tak nak kata apa-apa ?, saya hanya senyum dan menggeleng kepala sahaja menunjukkan tanda tidak mahu berkata apa-apa pun. Selesai aku membuat statement 121, lega rasa hati. Waktu pun sudah hampir ke waktu magrib, seorang demi seorang kami mengambil wuduk di tandas berdekataan. Setelah selesai kami solat berjemaah kami berkumpul dan menunaikan tanggungjawab seterusnya dengan membaca ma’surat secara perlahan-lahan. Setelah selesai bacaan kami, aku dipinta untuk memberi sedikit tazkirah. Diri ini rasa tidak layak dihadapan sahabat-sahabat yang lain, aku dah tidak pandai berkata-kata untuk satu tempoh yang lama. Aku teruskan juga penyampaian aku, mengingatkan pada diriku dan sahabat tentang keikhlasan kita datang ke sini. Adakah kerana arahan, segan pada sahabat-sahabat atau memang kerana ALLAH. Lebih kurang begitu ler tazkirah yang aku berikan, dlm keadaan aku ketandusan Idea untuk berkata-kata. Ada seorang pegawai ketuk bilik mesyuarat dan suruh kami siap sedia untuk di ikat jamin. Alhamdulillah selesai juga akhirnya, kami di ikat jamin dengan membawa seorang sebagaipejamini dan yang tidak terlibat dalam kes tersebut. Surat di keluarkan dan aku dan sahabat ku di kehendaki menurun tanda tangan. Satu tarikh untuk ku ke makamah di paparkan dalam surat tersebut, dari ku sembang-sembang dengan sahabat yang sudah biasa dengan tindakan ini menjelaskan kepada ku, benda nie tidak ada apa-apa. Selalunya kes akan di gugurkan tetapi sebagai back up sediakan seorang RM 2000, termain sejenak di fikiran ku kat maner aku nak cari RM 2000 tetapi aku tidak risau sangat kerana aku tahu Allah bersama-samaku dan juga sahabat-sahabatku.
Sudah selesai di balai tersebut, kami balik pulang bertiga-tiga seperti sewaktu kami datang. Badan ku terasa sedikit kesakitan disana-sini tetapi hati rasa begitu puas dan lapang, mungkin semua dah selesai agaknya. Aku menerima beberapa sms dan juga panggilan telephone bertanya khabar dan tentang duit yang terkumpul. Aku terasa terharu sungguh dengan tindakan perihatin sahabat serta sahabiah. Ada yang aku dengar, memang tiada duit tapi sanggup menghulurkan bantuan. Aku mengucapkan syukran jazilan pada semua yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Sekarang ini kes kami semua masih tidak disebut lagi di makamah, jadi duit itu tidak digunakan lagi sehingga kes kami di sebut. Aku tidak ternanti-nanti kes itu akan disebut tetapi mengharapkan kes tersebut tidak di sebut.. Amin Ya Rabbal Alamin. Keluarga ku tidak tahu keadaan aku waktu itu, namun ku dapat rasakan mereka sudah tahu. Harap aku di redhoi oleh bonda dan ayahda, seterusya mendapat keredhoan ILAHI…


Sudah selesai cerita yang ku ingin berkongsi, semoga ada manafaatnya…Yang baik semua dari NYA dan yg tidak baik adalah kesilapan diri ku sendiri ..W;alam


Just nak cerita pengalaman, supaya kita semua dapat bersedia bila-bila masa
Muazzam
University Islam Technology Mara (UITM)

Perjalanan yang mungkin FUTUR atau terhenti - kisah benar sekadar perkongsian

posted under by muazz_2000

S

etelah disahkan aku tamat pengajian ku di University, terasa bersyukur sungguh kerana aku tahu ini memang ‘nasrulallah’ pertolongan dari ALLAH. Ini kerana memang satu paper final exam aku tidak dapat jawab dengan baik, Alhamdulillah telah gred juga ku…Sewaktu aku sudah habis final exam aku mendapat panggilan dari Kedah untuk pulang, memang ku sudah jangkakan panggilan ini. Aku telah memberitahu sahabat ku untuk tamrin kali ini memang aku tidak dapat membantu, mereka memang sudah memahami ku. Bila ada sahabat bertanya kan kepada ku akan ku jawab, “aku dpt panggilan dari Kedah”, mereka seperti ingatkan aku mendapat panggilan dari Us Azizan pesuruhjaya negeri kedah. Tekaan mereka tidak tepat sebaliknya aku mendapat panggilan dari keluarga ku terutama bonda dan ayahda yang tersayang. Mereka seperti tahu kegiatan aku di kampus dan tidak mahu aku meneruskan usaha-usaha tersebut. Pada awalnya beribu alasan ku berikan untuk aku tidak pulang ke kedah namun tidak berjaya, sehingga aku dapat tawaran dari pemuda untuk menjadi S.U.K(setiausaha usaha kerja) tetapi seperti biasa ayah ku suruh ku pulang dan bincang di Kedah.

Hari itu tiba, ayahku datang dengan kenderaan dan mengambil sebahagian pakaiyan ku dan aku terpaksa balik pada hari itu juga. Aku pulang dengan hati tidak tenang namun aku terfikir apa yang akan ku lakukan di rumah untuk bantu ISLAM. Setelah seminggu aku di rumah, nak keluar tu banyak persoalannya. Aku berjaya hadiri perjumpaan alumni UiTM kedah, di sana ada sedikit tazkirah sebelum liqok tersebut bermula. Dari tazkirah itu tersentakler aku dengan kata-kata dari ustaz tersebut tentang ISTIQOMAH dan bermacam-macam lagi. Aku sedar diri ini tidak boleh terlalai dengan tidak terlibat dengan Jemaah kawasan ku. Teringat tentang maklumat S.U.K pemuda negeri kedah yang diberikan oleh sahabatku. Aku bersms dan meminta agar diri ini dimasukkan ke usrah kawasan. Dia memberi aku no S.U(setiausaha) kawasan kubang pasu. Beberapa kali aku bermsg untuk nak dptkan maklumat tentang pemuda kawasan kubang pasu, aku juga ditanya beberapa maklumat kerana mungkin dia risaukan aku ni S.B ker. Jadi aku memberi nama dan tempat tinggalku. Selang beberapa hari, aku dapat msg untuk turun ke markas ada perjumpaan pemuda dan unit amal. Aku agak termalu tetapi, aku memberitahu bahawa aku masih baru dan tidak tahu di mana tempat tersebut. Lalu abg nie menghantar sms kepadaku

“Dari tmn kamu…terus ke Jitra,,jumpa shell….masuk kiri dan terus…nak tahu markas tu, kamu tengok ada logo besar bulan”sebahagian dari SMS tersebut.

Bila aku baca sms tersebut, aku seperti di permainkan dan dia ingat aku tidak tahu logo parti walau bagaimanapun aku tidak tahu apa maksud sebenarnya abg tersebut buat begitu. Namun aku cekalkan hati kerana kita nak terlibat bukan kerana orang tetapi kerana ALLAH SWT, baru aku faham kenapa ramai yang tidak dapat beristiqomah selepas zaman kampus. Ini kerana dugaan yang kita akan terima, memang mencabar dari sebelum ini, lalu aku tiba disitu seperti biasa memberi salam dan duduk di dalam liqok. Aku ditanya adik dari cawangan maner? Saya tak ada cawangan lagi, abg S.U yang inform saya tentang perjumpaan ini. Itulah titik permulaan aku terlibat dengan kawasan ku.. Alhamdulillah aku bersyukur sekali lagi dengan segalanya di permudahkan oleh ALLAH SWT untuk sambung perjuanganku, dari tidak kenal aku sudah pun kenal dengan mereka dan beberapa kali aku sudah mengikuti mereka untuk berprogram. Pengalaman di kampus memang tidak dapat di lupakan namun aku harap pengalaman yang aku dapat membantu kawasan ku dan ISLAM. Marilah kita berdoa semoga kita semua terus Istoqomah dalam perjuangan yang suci ini…AMIN…

Teruskan perjuangan mengikut kemampuan kita,

Sekiranya tidak boleh banyak,

Sikit pun tidak apa,

Janji kerja Islam tu berjalan.

Kita perlu ada benteng untuk kuatkan kita

Amalan-amalan di kampus jangan di tinggal

Ma’surat, bacaan Al-Quran, solat dhua, solat di awal waktu, Qiyam

Ini semua adalah pelindung kita, nakib ana dia seorang ust suatu hari dia terkena buatan orang so teruk juga dia sakit, dia balik kampung di terangganu dan sempat berjumpa dengan Tok Guru Hj Hadi Awang, Tok guru hanya memesan,:amalkan ma’surat kamu”

Jadi sahabat2 usah cari alasan, if tak hafal baca yang kita hafal if tak sempat nak rujuk buku ma’surat..

Jgn kecilkan skop kerja ISLAM @ dakwah ISLAM…di mana bumi di pijak di situ aku akan teruskan perjuangan yang belum selesai…AMIN

Sekadar berkongsi pengalaman semoga kita dapat bersedia kelak, W ;alam

Muazzam Mohd

University Islam Technology MARA, Malaysia (UITM)