MUHASABAH_FASA PERTAMA SUDAH BERLALU_RAMADAN AL-MUBARAQ

posted under by muazz_2000

Hari ini sudah tanggal 10 Ramadan dan kita sudah berpuasa 9 hari. Semua orang sedar bahawa syaitan dan jin sudah diikat yang tinggal sekarang adalah nafsu kita.

Masjid di rumah aku seperti biasa tidak cukup sehingga terlebih-lebih orang sibuk ke masjid untuk menunaikan solat sunat yang dituntut. Antara solat sunat ramai yang tidak memahami. Bila sudah selesai solat isyak, tidak ramai kita yang solat sunat selepas Isyak, mereka tidak sedar bahawa solat selepas isyak adalah lebih di tutut berbanding solat sunat tarawikh.

Baru ini di msjd rumah ku selepas solat tarawikh 8 rakaat beserta witir 3 rakaat ada ler dibuat tazkirah. Ada negeri yang menghalang tazkirah, entah mengapa mungkin pasai nak Pilihan Raya @ nak raya . Perbahasan yang tidak selesai iaitu seperti biasa…nak buat 8 ker atau 20, di jawab oleh Us Nuruddin Al-Banjari Nabi memang buat 8 rakaat tp hanya 3 kali nabi buat secara berjemaah. Jadi dlm kuliyah Us Firdaus Jaffar tu dia kata, “kita tak yah bahas2, sampai esok pagi tak selelesai, nak buat, buat…tak nak sudah”.

Sekarang ini seperti yg ust2 cakap syaitan memang tak ada, yang ada nafsu..sekirannya kita tidak dapat kawal nafsu, nafsu akan kawal kita. Senang jer nak kawal nafsu nie,,,jgn ikut kehendaknya…Ada ulamaq sorang nie..teringin sangat nak makan ayam bakar, oh dia kata, kamu nak sangat yer nafsu…aku bagi pada kamu, tetapi dia beri ayam bakar yang di bakar sehingga hangit…AllahuAkbar…begitulah kita…kita kena lawan dan jgn ikut dia(nafsu)

Jadi jagalah nafsu mata, telingga, perut dan lain2 lagi...Bila syaitan sudah tiada baru kita boleh ukur diri kita, sejauh mana kita boleh kawal diri kita.

Jadi kita bakal akan masuk ke fasa kedua, sejauh mana sudah Quraan kita, solat sunat kita, zikir kita…Bulan Ramadan ini umpama kita dalam satu pertandingan lumba lari..semua yg bertanding atau semua yang berpuasa pada garisan permulaan atau satu Ramadan dan akan berakhir pada garisan penamat atau 1 syawal. Sekarang sudah selesai sebahagian larian dan ada yang kedepan ada yang terbelakang dan ada yang tidak bertanding. Geng tidak bertanding adalah geng buka puasa ikut azan zohor atau sewaktunnya dengan nya..manakala yang kedepan, adalah penuh amalan nya dan yang terbelakang tu mungkin kita yang kurang amalan. Bila selesai larian tersebut, semua kita akan penat, letih dan tidak bertenaga tapi ada yang mendapat tempat pertama, kedua dan seterusnya, begitulah kita apabila tamat Ramadan ada mendapat pahala yang terbanyak dan terkurang…

Jadi sama2 kita bermuhasabah dimana kita di dalam perlawanan tersebut dan adakah kita bakal di tempat pertama atau terakhir atau tidak bertanding…W;alam


Muazzam Mohd
X-UITM SHAH ALAM
(Univercity Islam Technology Mara)


http://xmahasiswauitm.blogspot.com/

0 comments

Make A Comment