Rezeki yang di cari tp Dosa yang Dapat

posted under by muazz_2000

Sekarang kita sudah berada pada fasa ke-2 Ramadan Al-mubaraq. Tidak lama lg kita akan menyambut Nuzul Al-Quran(17 Ramadan) pada sabtu ini.

Apa yang penulis ingin mempertengahkan kali adalah berkaitan peniaga-peniaga Islam yang menjual makanan(Nasi lauk) seawal 9 pagi. Jika sebelum ini orang Islam masih malu untuk beli makanan tersebut tapi sekarang sudah seperti biasa, seumpama tidak berada dalam bulan Ramadan. Dengan selamba jer mengambil makanan untuk dibungkus kononya beli untuk buka puasa nanti atau beli untuk anak-anak kecil.

Seminggu sebelum puasa, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) ada menggeluarkan kenyataan dalam akhbar Metro-keluaran utara. Semua peniaga akan disita@ saman gerai/kedai sekiranya menjual makanan sebelum 3 ptg. Itu lah statement yang di keluarkan dari pejabat agama tetapi masih terlihat ramai peniaga yang menjual makanan seawal 9 pagi. Mungkin pihak JAIK perlu bukti yang jelas atau aduan dari masyarakat setempat atau kuasa mereka ditarik balik.

Peniaga ini berniat baik untuk mencari rezeki tetapi matlamat tidak betul. Disini penulis dapat kenal pasti terdapat 2 kesalahan dari :

1) Peniaga yang ingin keuntungan
2) Pembeli yang tidak ingin berpuasa

Dari kesalahan ini lahirlah tajuk artikel ini, ‘Rezeki yang dicari tapi dosa yang didapati.

Jadi apa tindakan kita? Kita boleh buat laporan ke pihak berwajib, yang kedua kita boleh mempulau kedai tersebut dari sekarang dan juga selepas-selepas ini. Sekurang-kurangnya biar ia mendapat kesannya. Jadi tugasan kita sekarang adalah memperhatikan kedai-kedai yang tidak bertanggungjawab ini dan sebarkan pada teman-teman dan buat tindakan dengan memulau kedai tersebut biar kita lapar pun jangan sesekali menjejak ke kedai yang memudahkan orang untuk berbuka puasa pada azan zohor atau sewaktu dengannya.Mari sama-sama kita rancangan tindakan kita, dan ambil tindakan…W;alam


“Fail to plan, is plan to fail but plain without action is a waste”


Muazzam Mohd
Pemuda Kubang Pasu
http://xmahasiswauitm.blogspot.com/

0 comments

Make A Comment