7-eleven Vs D-Lima

posted under by muazz_2000

Bila kita bercakap tentang haramnya ARAK, terfikir aku tentang 7-eleven. Jika di sebut tentang 7-eleven, rasa-rasanya semua kenal tentang kedai runcit yang dibuka 24 jam sehari tanpa ditutup. Jika di Kuala Lumpur, kedai francais ini memang menjadi tumpuan segenap masyarakat tidak kira tua atau muda. Hampir 90% jurujual atau yang menjaga kaunter merupakan orang melayu dan sudah pasti kebanyakan mereka Islam atas nama atau Islam sebenarnya.

Secara jelas kita tahu, ALLAH telah melarang meminum Arak, dimana diterangkan satu persatu. Sesiapa yang terlibat dengan menghasilkan arak adalah haram, dari tukang buatnya, membungkusnya, menghantarnya, menjualnya dan sehingga dibeli oleh peminumnya adalah haram.

Apa yang hendak penulis lontarkan disini, adalah apabila kedai 7-eleven ini menyediakan arak. Sebenarnya pada awal penulis tidak berapa percaya apabila seorang sahabat membuat kenyataan tersebut tetapi bila dilihat sendiri, tergamam dan hanya mampu senyum sahaja.

Ramailah pemuda-pemuda Islam dengan mudah mendapatkan arak-arak ini. Itu sudah jelas haram tetapi bagaimana pula orang ISLAM yang menjual kepada bukan Islam atau orang Islam, maka hukumnya adalah haram juga walau tidak meminumnya tetapi terlibat dengan penjualannya.

Setakat yang aku tahu, ada syarikat yang seumpama 7-eleven ini iaitu D-Lima. Yang begitu aku berkenan dengan kedai ini, ia adalah sebiji macam 7-eleven tetapi ia tidak menjual arak. Jadi kita sebagai orang Islam adalah lebih baik untuk memboikot kedai 7-eleven dan pergi ke kedai runcit yang lain, jika terdesak sangat tidak apa tetapi sebaik-baiknya kita cuba elakkan.

Walaupun tindakan kita kecil tetapi lama-kelamaan ia akan memberi kesan kepada syarikat francais 7-eleven yang berasal dari Texas, USA ini. Sekiranya kita mempunyai anak-anak atau kawan-kawan kita yang bekerja di situ, tlg nasihatkan mereka untuk mencari pekerjaan lain..Sebarkan,,,tq




MUAZZAM MOHD
Mahasiswa UiTM,Malaysia
(Univercity Islam Teknology MARA)






http://www.7-eleven.com

0 comments

Make A Comment